latest Post

Salam perkenalan :)

Assalamualaikum :)                        

                 

ehem ehem.

Nama diberi Syahirah Shahidan,
Lahir di Kuala Lumpur bersama 7 beradik,
Umur sekarang ni sudah 20-an, 
Ramai orang cakap 'Uish,masih muda dan cantik!"

                                                      

Eh! terpantun pulop! Hehehe. Alhamdulillah akhirnya saya berjaya jugak beranikan diri untuk menulis blog setelah sekian lama terperuk dalam bilik menternak lemak sambil membuat juice lemon di bantal sendiri. Phewww :P


Okay, here we start bebeh. Nama saya Syahirah. Boleh panggil 'Syira', 'Yah', 'Diknon' atau yang paling unik sekali saya pernah dengar, ialah 'Dong'. By the way, 'Dong' stands for Hidung sebenarnya. Sebab hidung saya besar. Jahat betul diorang. Rasa nak karate je sorang2. Tapi takpelah, saya bersyukur dengan kelengkapan yang Allah bagi. Alhamdulilah. :)



Saya lahir pada tahun 1994. Bermaksud, umur saya baru je 22 tahun. Muda kan? Dan saya memang dilahirkan di KL. Ada 7 orang adik beradik. Dan saya adalah anak yang ke-6 daripada 7 beradik A.K.A anak bongsu perempuan. 



Nak cerita pasal akademik, saya ni bukannya pandai sangat pun. Result SPM setakat 6A takda apa pun yang membanggakan. Selepas dapat result, saya decide untuk tak sambung belajar, dan saya bekerja dengan anak syarikat TM (VADS). Saya bekerja sebagai telemarketer insurans. Sekarang ni dah 3 tahun lebih saya bekerja dengan company yang sama. Alhamdulillah. Rezeki saya baik di company ni. Syukur. Tapi pada masa yang sama,saya sambung belajar secara part time  di Cybernetics College di Maluri untuk ambil Diploma Executive dalam jurusan Pengurusan Perniagaan. (Ini pun mak ayah yang suruh sebab diorang kalau boleh nak saya ada kelulusan, at least diploma atau degree). So saya pun ikutlah kemahuan ibu bapa yang tercinta ~ gittewh :P Tapi sekarang ni saya dah habis belajar lah. Ya Allah, happy gila hokayy! Sebab dah tak terikat dengan kolej dan assignment. Mak ayah dah tak bising dan pada masa yang sama saya rasa bebas sikit. Pergh. Heaven gila. :P



Oh yes! Saya ni memang seorang yang gila duit sikit. Eh, bukan sikit. Tapi banyak. Sebab mungkin dulu waktu saya kecik, mak ayah selalu bagi makan duit agaknya. Hahaha. Takdelah! 



Begini. Nak dipanjangkan cerita, selepas je saya habis SPM, saya terjebak dengan satu bisnes MLM. (Multi Level Marketing). Ini sebab pengaruh kawan baik lah ni. Yang paling syiok tu dia punya preview semangat betul! Sampai rasa nak gugur jantung pun ada. So disebabkan saya takde buat apa2 lepas SPM dulu & sebab niat untuk bantu family, saya pun join lah bisnes ni. Rasa seronok sebab time tu rasa hebat betul bila dapat pegang duit sendiri. Pergh. Dia punya nikmat, bila ada duit sendiri, rasa nak berjoget hari hari pun ada. Kah! Dalam lebih kurang setahun terjebak dalam MLM ni, boleh la hidup sendiri dekat rumah sewa dengan kawan2. Tong2 duit untuk bayar sewa rumah. Susah senang sama sama. Cari prospek sama sama. Kena marah sama sama. Time tu saya rasa hebat betul sebab muda2 dah boleh beli handphone sendiri (Galaxy Samsung Note 1 baru keluar time tu) dengan duit sendiri. Nak dikatakan, banyak benda yang saya dan kawan kawan buat sama2. Selepas lebih kurang setahun, ayah dah bising dah sebab tak sambung2 belajar lagi. Saya pun dah tak aktif lagi masa tu sebab kawan kawan pun dah ramai sambung belajar. Nak cari prospek pun susah time tu. Mak ayah pun dah marah2 sebab degil taknak sambung belajar lagi sampai ayah tak bagi saya keluar rumah utk buat MLM lagi. So saya pun stop lah buat MLM ni sebab memang dah takda income dah time tu. Rangkaian saya pun dah tak jalan. Ada masalah dengan upline cross line lah apa lah. So, saya stop. Saya dengar cerita company MLM tu pun dah tutup. 



Selepas saya habis SPM, saya tak pernah mintak duit mak ayah. Saya belajar untuk hidup independent tanpa susahkan mak ayah saya lagi. Ye lah, daripada saya lahir, mak ayah dah korbankan segala macam untuk anak2. Takkan saya nak susahkan diorang lagi. Saya banyak belajar pasal perniagaan. Yang paling berharga saya dapat selama saya terjebak dalam MLM ni adalah PENGALAMAN dan juga 'Soft Skills' untuk menjual. Dan start daripada situ saya suka berniaga. Dan saya suka kumpul duit. Orang lain mungkin hobi dia main basketball lah, curi duit syiling lah, menyanyi lah, main FIFA lah, tapi saya punya HOBI adalah suka kumpul duit. Hah, Bingo!



Disebabkan sekarang pun dah masuk waktu maghrib, saya ingat saya nak sambung cerita pasal diri saya dalam entry yang seterusnya. Ada sikit lagi yang saya nak share. Kalau nak diikutkan, nak cerita pasal diri saya ni memang ke subuh pun tak habis! hehe :P So, Salam Maghrib peeps!




        "Life is 10% what happens to you and 90% how you react to it." - Charles R. Swindoll























About Syasyero

Syasyero
Recommended Posts × +

0 comments:

Post a Comment